Memori Kanji Ibu

Apabila ditimpa musibah, atau apabila kita ditarik nikmat, ketika itu barulah kita menghargai nikmat itu.

Entah kenapa aku tiba-tiba rajin pula nak pergi ke klinik gigi pada musim peperiksaan begini. Bukannya sekadar periksa gigi, siap cabut gigi lagi.

 Selanjutnya...

Akibatnya, aku kehilangan satu nikmat iaitu nikmat makan kerana gusi aku masih berjahit, berdarah dan sakit. Aku hanya boleh makan bubur nasi sahaja.

Lalu, memoriku menjengah kenangan silam ketika aku kecil-kecil dahulu. Ketika aku masih lagi tak pandai untuk makan nasi, ketika zaman adik-adik aku belum pandai makan nasi.

Ibu rebus beras dengan air, sampai beras itu kembang. Kemudian, beras itu dilecekkan ibu. Beras lecek itu ibu khasiatkan dengan sawi cincang dan ikan bilis yang dilesung.

Ibu tidak membenarkan nestum atau nestle yang memenuhi perut kami. Ibu menghidangkan kami kanji atau bubur nasi yang tradisi. Kami menyambut suapan ibu tanpa merungut akan rasanya.

Apabila dewasa, makan nak yang sedap-sedap saja biarpun mahal dan tanpa khasiat. Lalu, asyik sakit-sakit dan badan jadi lemah.

Kini, kemampuanku untuk menikmati yang sedap-sedap sedang hilang, dan aku menjadi seperti budak kecil semula. Hanya boleh makan bubur nasi sahaja.

Lalu, memori kanji ibu pun tiba.

Advertisements