Menghayati peristiwa

Setiap kali kita melalui sesuatu peristiwa atau pengalaman, perkara yang paling penting ialah inti atau nilai yang boleh diperoleh ketika itu.

Setiap daripada kita pasti akan melalui pelbagai peristiwa dan pengalaman, namun apakah yang diperoleh apabila berlalunya perkara itu?

Ada sesetengah individu yang berusaha untuk merakam peristiwa atau pengalaman itu dengan lensa kamera, kerana sifat semulajadi seorang insan ialah pelupa. Gambar-gambar yang dirakam itu akan menjadi sebagai nota pengingat kembali kenangan-kenangan yang telah lama berlalu.

Masalahnya, apabila terlampau asyik ingin merakam kenangan-kenangan itu, ada sesetengah insan yang terlupa untuk menghayati peristiwa yang dialaminya.

Kadang-kadang ada juga yang membiarkan setiap peristiwa berlalu, tanpa ada usaha untuk menghayatinya dan tiada juga usaha untuk merakamnya.

Maka, pada masa hadapan, tiada kenangan untuk diimbas, dan kalau cuba untuk diimbas, akal sudah tua ketika itu.

Maka dia menanti akhirat untuk mengimbas kembali kenangan-kenangannya di dunia, tanpa sempat untuk muhasabah…

Advertisements