Tafakur

Kesimpulan untuk pembentukan diri yang aku dapat daripada suatu tempoh proses tafakur:

1. Kepentingan konsentrasi. Selama ini kekurangan yang menyebabkan aku tidak fokus ialah kurangnya konsentrasi dalam setiap pekerjaan. Akibatnya setiap pekerjaan yang aku lakukan tidak berkesan untuk diri aku dan orang lain. Oleh sebab itu, aku harus membentuk konsentrasi dalam segala hal supaya kualiti kerja akan diperoleh. Kalau ada perkara yang mengganggu konsentrasi ini, tanpa ragu-ragu harus menngetepikannya selagi mampu.

2. Penjagaan semangat dan motivasi memerlukan banyak peringatan. Semakin lemah semangat atau motivasi, semakin banyak kadar peringatan (tazkirah) atau kata-kata peransang diperlukan. Banyak di sini bermaksud kekerapan yang tinggi. Kalau diberi peransang sekaligus banyak, tetapi selepas itu terbiar buat beberapa lama, kesannya sangat tidak baik. Biar sedikit, tetapi selalu.

Dua hal ini aku tidak boleh catat lebih-lebih kerana masih dalam proses tafakur dan penilaian.

3. Kena bercita-cita dan berjiwa besar. 

4. Kena jelas keutamaan pada setiap masa dan ketika.  

Advertisements

Sudut pandang

Otak aku dah beku. Tiada ilham yang ku peroleh. Ketandusan idea. Aku semakin tak mampu untuk melahirkan isi-isi yang terkandung dalam kepala otak aku.

Keadaan ini sangat menghimpitku. Akalku tidak sebebas dahulu. Dunia ini memang menyekat kebebasanku untuk berfikir dan menyemai idea dengan pembacaan bebas. Masa yang ingin ku peruntukkan untuk minatku menjadi milik mutlak bidang yang ku pilih.

Tambahan, tiada manusia lain yang dapat memahami isi yang terkandung di dalam hatiku kecuali Allah SWT sahaja. Sekarang aku tak boleh mengizinkan manusia lain menjadi sebahagian daripada duniaku. Sekarang bukan masanya.

Aku bukan seperti orang lain. Aku lain. Kamu semua yang baca tulisan ini kena faham. Sebab aku yang rasa rohku berada dalam diriku. Di atas dunia ini, aku berada dalam diriku dan memandang kamu semua.

Di dunia ini, bagi diriku, aku ialah sudut pandang pertama… aku memandang watak-watak di dunia ini…