Retrospektif 2012, resolusi 2013

2012 yang berlalu pergi harus diteliti segala hal yang mengisinya untuk mencipta langkahan yang lebih jitu, padu dan berhala tuju.

2013 yang tiba, harus ditetapkan perkara-perkara yang ingin dicapai, perancangan untuk menjayakannya dan mendidik diri untuk berdisiplin dengan perancangan itu.

Tidak perlu untuk diumumkan target itu kepada orang sebelum berjaya mencapainya. Tulis dan simpan di dalam akal serta hati. Terjemahkan dengan anggota. Di penghujung tahun nanti semak semula pencapaiannya.

2013, harus lebih baik, lebih positif, lebih kinetik. Ilmu harus bertambah, akhlak lebih bersinar, iman lebih kukuh. Amal lebih produktif.

Semoga 2013 menjadi tahun yang menghampirkan diri kepada Allah dengan manfaat buat insan dan diri.

“I’ll continue to climb, trying to reach the top… But no one knows where the top is!” – Jiro Dreams Of Sushi

Advertisements